Translate

Saturday 16 March 2019


KENYATAAN BALAS KEPADA KETUA ARMADA LUMUT MENGENAI KEGUSARAN BELIAU TENTANG PENGHINAAN TERHADAP PEMIMPIN KERAJAAN PH
.
Assalamualaikum wbt
Salam Penyatuan Ummah
Salam Perpaduan
Salam Perjuangan
.
1. Saya bersetuju dengan kenyataan yang dilontarkan oleh Ketua Armada Bersatu Lumut mengenai penghinaan terhadap pemimpin kerajaan semakin membimbangkan hari ini
.
2. Saya juga bersetuju bahawa tindakkan tegas wajib diambil oleh pihak berkuasa terutamanya Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia bagi menangani isu ini
.
3. Saya ingin menambah sedikit dalam kenyataan saudara Akmal Maradzi sebagai peringatan kepada beliau juga. Untuk makluman rakyat di Malaysia, penghinaan kepada seseorang pemimpin negara ini sudah bermula sejak bertahun - bertahun lamanya sebelum kerajaan PH memimpin negara
.
4. Sebagai pemimpin anak muda didalam Bersatu, saudara Akmal Maradzi perlu cermin dahulu diri anda sebelum meluahkan rasa kebimbangan terhadap penghinaan yang semakin tidak terkawal
.
5. Sebetulnya saudara Akmal Maradzi wajib menegur dan mendidik ahli - ahli Bersatu serta parti komponen PH untuk menghentikan penghinaan serta provokasi melampau terhadap pemimpin dari Barisan Nasional khususnya UMNO dan parti PAS
.
6. Ini bukan kes penghinaan yang pertama tetapi ianya sudah mula tidak terkawal sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sehinggakan netizen sanggup melabelkan bekas Perdana Menteri Ke-6 seperti haiwan, wajah beliau diubahsuai seperti khinzir, memfitnah diri dan keluarga beliau, mengherdik serta melemparkan kata - kata kesat kepada diri dan keluarga beliau serta banyak lagi sewaktu menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-6
.
7. Penghinaan kepada kepimpinan PAS juga tidak kurang hebatnya dengan pelbagai fitnah dan berita palsu bertalu - talu dilemparkan kepada pemimpin, ulamak serta organisasi itu sendiri sehingga menimbulkan kemarahan orang islam pada ketika itu
.
8. Tidak ketinggalan penghinaan turut diterima oleh YDP Agong sehingga beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan. Penghinaan terhadap YDP Agong tidak berhenti disitu sahaja, malahan Institusi Raja - Raja Melayu juga turut menerima penghinaan yang sama
.
9. Apakah saudara Akmal Maradzi sedar akan isu ini ? Atau buat  - buat tidak sedar mengenai isu penghinaan melampau tanpa dapat dikawal oleh agensi  - agensi penguatkuasaan
.
10. Kecuaian serta kegopohan kerajaan PH membatalkan Akta Anti Berita Palsu juga sangat dangkal sehinggakan banyak berita - berita palsu dan tidak benar gagal dibendung dan dibawa ke muka pengadilan sehinggakan mereka yang telah didakwa dimahkamah telah dibebaskan tanpa sabitan kes
.
11. Antara yang dibebaskan oleh mahkamah ialah

a. R. Sivarasa (MP Sg. Buloh)
- bebas daripada tuduhan menghasut terhadap badan kehakiman Malaysia dan memburukkan imej bekas Perdana Menteri

b. Rafizi Ramli (N. Presiden PKR)
- gugur kes fitnah Tabung Haji

c. Siti Kassim (Peguam)
- pendakwaan digugurkan selepas menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dianjurkan dua tahun lalu
.
12. Dalam isu ini saudara Akmal Maradzi sepatutnya menujukan kenyataan ini kepada mereka - mereka yang berada didalam saf kerajaan Pakatan Harapan termasuklah ahli - ahli serta penyokong - penyokong mereka. Secara konsistennya mereka yang didakwa dimahkamah dibawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi Multimedia 1998 adalah dari kalangan Pakatan Harapan
.
13. Dalam isu ini, yang bersalah adalah kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan bukannya rakyat kerana mereka mengharapkan kerajaan menjalankan tanggujawab dengan beretika dan beramanah bukannya dengan cara bersikap lepas tangan serta membebankan rakyat
.
14. Untuk makluman saudara Akmal Maradzi, rakyat telah hilang sabar sejak kerajaan PH gagal menunaikan janji manifesto apabila tempoh 100 hari telah berlalu. Alasan demi alasan oleh kepimpinan kerajaan PH sudah tidak masuk akal dan seolah - olah rakyat senang diperbodohkan
.
15. Kepada saudara Akmal Maradzi, sebelum hendak luahkan rasa kebimbangan saudara mengenai isu penghinaan ini, sila buat kajian terlebih dahulu dan pastikan kenyataan anda itu tidak mementingkan sebelah pihak sahaja demi kepentingan politik anda didalam Bersatu
.
Salam perkenalan buat Akmal Maradzi - Ketua Armada Bersatu Lumut
.
Sekian

FAIZUL ALI ANUI
Presiden
Solidariti Amal Rakyat Malaysia

#soaram #solidaritirakyat #solidaritiamalrakyatmalaysia #share

Malaysiakini Utusan Online @malaysiagazette.com @malaysiainsight BERNAMA @sinarharian HMetro Berita Harian Online

SOARAMEDIA INISIATIF BARU SALURAN BERITA DAN INFO SEMASA